GARIS PANDUAN PERANCANGAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB)

Garis Panduan ini telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara Kali Ke42 Bil.2/2023 pada 18 September 2023.

Garis Panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain sama ada dari segi subjek atau kandungan yang disediakan di bawah peruntukan oleh manamana pihak.

Pelaksanaan dan penguatkuasaan terhadap garis panduan perancangan yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu diselaraskan dengan rancangan pemajuan yang sedang berkuatkuasa di kawasan pihak berkuasa tempatan. Ia juga perlu merujuk kepada dasar, pekeliling dan piawaian yang digubal dan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berpandukan skop kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang, serta garis panduan perancangan lain yang digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Sila muat turun Garis Panduan berikut (PDF) yang diedarkan oleh PLANMalaysia